ONEXOX Penjimatan Terhebat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      

Berita Panas

PETIKAN HARIAN METRO : Arah Berhenti 24 Jam



"400 pekerja diarah cuti tanpa sebarang kata putus"  

Kuala Langat : Kami berharap ada unsur simpati terhadap nasib kami. Ada antara kanti sudah bekerja sejak 33 tahun lalu," kata Raja Badrul Izaman Raja Mad Nasir, 35.

Dia antara lebih 100 pekerja eksekutif Megasteel di Olak Lempit di sini, yang masih 'terumbang-ambing' berikutan tindakan syarikat berkenaan memberhentikan pekerja dengan memberi notis 24 jam pada 31 Mac lalu.

Selain itu lebih 400 pekerja bukan eksekutif kilang itu kini diarahkan bercuti tanpa sebarang kata putus berhubung masa depan mereka.

Raja Badrul Izaman berkata, tindakan majikan mereka dianggap tidak wajar berikutan kesukaran pekerja mendapatkan pekerjaan lain bagi menampung kehidupan.

“Pekerja tiada pilihan kerana kami seakan dipaksa berhenti walaupun tidak menandatangani sebarang dokumen persetujuan yang diberikan pihak pengurusan pada petang 31 Mac lalu.

“Kini saya terpaksa bergantung harap hasil pendapatan isteri sebagai guru untuk menampung kehidupan bersama empat anak berusia setahun hingga lapan tahun. Malah lebih perit apabila gaji bulan lalu masih tidak dibayar", katanya yang bekerja di bahagian kejuruteraan mekanikal di syarikat itu sejak lapan tahun lalu. 

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pekerja Megasteel Mohd Amir 41, berkata, pekerja diarahkan bekerja hanya 12 hari sebulan dan mereka hanya menerima separuh gaji untuk Januari, Februari dan Mac lalu. “

Lebih mengecewakan kami tidak dibenarkan bekerja dengan mana-mana syarikat atau kilang lain sama ada separuh masa atau sepenuh masa kerana masih terikat sebagai pekerja.

“Bagaimana kami mahu teruskan hidup dengan hanya menerima separuh gaji sedangkan pelbagai bayaran dan sewa perlu dilangsaikan setiap bulan,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 500 pekerja membuat bantahan aman di pintu masuk kilang berkenaan bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap majikan mereka.

Dalam pada itu Pengurusan Megasteel dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Tenaga Buruh untuk menangani masalah itu.

Tindakan memberhentikan pekerja disebabkan faktor pemintaan yang semakin menurun selain berlakunya lambakan keluli yang tidak dapat dipasarkan.

Sumber : Harian Metro (19 April 2016)
Tulisan : Ekhwan Haque Fazlul Haque


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Total Pageviews

Jom Sertai Komuniti ONEXOX - Terlajak Jimat!
×
bloggerDaftar PERCUMA